Friday, October 23, 2009

Relapse

Once a troll, always a troll. Always.

In the silence of 2 a.m where all is still except for the washing machine and the horny he-cats i typed

"Ini bukan kerja sastera"


Realiti 2, Amir 0.


Lepas ni aku nak tulis haiku pulak.


Yes yes, i'm going to bed after this.

Thursday, October 22, 2009

Redub

Bagaimana lagu dari ini

boleh jadi kepada ini




apeapehal,dedua aku suka..Folk music rulessssssssss!!!!!!!

Sunday, October 18, 2009

Haluan hidup

"You can always do creative writing"


Abah memang kool.

Saturday, October 17, 2009

Realiti

Kata Pn Normawati;
Awak kena ingat project paper bukan nya buku sejarah,bukan nya novel yang memerlukan bahasa yang indah. What we need is short and concise sentences.


..In other words, aku long winded sangat.




Strike one for Reality.

Damnation.

Wednesday, October 14, 2009

Belenggu formaliti dan tali gantung tradisi. Bila seteru duduk semeja, purgasi. Itu jawapan nya.

Tuesday, October 13, 2009

Between the Lines

Kan hidup itu mudah sebenarnya. Mengapa perlu complicate kan segala nya?

Saturday, October 10, 2009

Tatkala Tidur itu Mustahil

Tidur 3 jam malam semalam. Kawad sudah makan pun sudah tidur yang nyenyak masih enggan bertandang,bahana kopi setengah cawan. Maka kembali bekerja dan sedang aku cari definisi constitution terjumpa ini;



Constructive Desertation

Behaviour by one spouse causing the other to leave the matrimonial home. If the behaviour is so bad the party who leaves is forced to do so,it is the spouse who stays behind who is considered,in law to have deserted, and not the spouse who actually left. A petition for divorce may therefore be brought after two years on the ground of desertation by the spouse who remained behind.


Bak kata Kaffi; Horrro dowh.,

Manusia Merancang Tuhan Menentukan

Buggerbuggerbuggerbuggerbuggerbuggerbuggerbuggerbuggerbuggerbuggerbuggerbuggerbuggerbugger

Tuesday, October 6, 2009

Tentang Perut dan Buluh Runcing.

Sebenarnya ada 2 entry sebelum ni yang maseh dalam proses ditulis sebelum perut ku berkonspirasi untuk menjatuhkan aku semenjakduamenjak ini. Akan tetapi, 2 entry itu boleh disimpan dahulu kerana aku rasa kan apa yang tertulis disini lebih time sensitive in nature (dan juga setelah diambilkira faktor perut aku yang memainkan lagu-lagu Mogwai).

Some old fart once said that the shortest route to happiness is through one's stomach dan apa yang si tua ganyut itu lupa untuk katakan adalah the shortest way to long term suffering is also through one's stomach. Secara jujur nya aku tidak tau apa penyebabnya, ada kemungkinan berlaku sedikit clash of jurisdiction diantara laksa johor dan briani sec 11 (entah mana kedai nya aku pun tak tau,belakang Darul Ehsan kata aunty Mizah)yang aku meriah baham bersama bonda tersayang di rumah aunty Mizah. Boleh jadi juga bahan makanan yang aku makan di Seminar Pencegahan Jenayah* pada hari yang sama. Apa yang pasti sekarang adalah sebaik saja pulang dari open house Aunty Mizah aku telah selamat memuntahkan kembali segalanya dalam kadar yang mak Chimang gelar "projectile vomitting". Selepas muntah buat kali keduanya pada pukul 3 pagi everything went downhill. Yang naik cuma lah suhu badan ku. Di kala tidak sehat itu aku masih sempat pulang sebentar ke rumah untuk mengambil baju melayu ku yang tertinggal dan juga untuk singgah sebentar ke rumah Chimang dimana selepas diagnosis oleh mak Chimang aku dijemput untuk melantak di meja makan keluarga mereka yang memang mewah dengan lauk dikala aku cuak untuk makan dengan berat.

Dan sekarang perutku meminta-minta untuk dibebaskan dari sakit ini.

Cerita tentang perut, aku tertarik untuk mengeluarkan 2 sen pendapat aku tentang isu maling-pendet-rendang yang ditimbulkan oleh orang seberang selat kita itu (Selat Melaka, bukan Selat Tebrau). Katanya kita kaki meniru, tak berbudaya dan hanya pandai mencuri kemudian mengaku [insert apa2 yang di disputekan origin nya disini] itu kita yang punya. Paling aku marah bila rendang itu mereka kata itu mereka yang punya. Aku tidak kisah kan kalau mereka yang konon-konon nya ultra-nasionalis itu ingin kan kembali tempe itu. Ambik lah,biar lah hidup aku kosong,biar lah lontong mak aku di tiap pagi raya kosong tanpa rasa tempe. Aku akur jika itu yang orang seberang maukan akan tetapi bila rendang pun mau kau claim engkau punya itu sudah melampau, they have just pushed the big red button.

Kepala hotak anda yang botak lantaran menghisap banyak kretek yang rendang itu sememangnya 100% made in indonesia. Enough is enough la, segala benda mau di claim engkau yang punya.


Mungkin sebenarnya akal-akal mereka yang sibuk mau mengacu buluh runcing dan meniup juju pada rakyat Malaysia yang sebilangan besar nya ignorant itu tertutup pada fakta yang budaya itu adalah interchangeable, akan turut dibawa bersama kemana saja angin perdagangan bertiup dan diwarisi oleh si pedagang/migrant2 ini. Aku tak ingat the specific fact but it is agreed upon by most historian that noodles and the eating implement better known as chopsticks came from ancient China. Ada kau nampak orang-orang China baling telur kat kedutaan Korea dan Jepun,buat roadblock,sibuk asah buluh runcing sebab rakyat dua negara mata sepet ni makan mee dan guna bendealah yang sama untuk makan? Lagi satu contoh best, lasagna. Bila ada cookbook orang kampung Izmil yang mengatakan mereka selalu aja menghidangkan loseynes yang deskripsi dan bahannya sikitlebihkurang sama dengan lasagna moden pada King Richard III (around 1390s) kedutaan Itali cuma mengeluarkan statement yang meng-refute-kan fakta itu sebelum memunggah library mereka untuk mencari bukti yang Italian Lasagna lebih tua dari variant British nya lantas membuatkan nya sebagai granddad kepada semua lasagna termasuk jenis British. Aku takda dengar berita follow up yang ada ultra-nationalist Itali yang sibuk pegi asah pike pusaka dan ugut nak invade Britain.

Because rational,civilized people won't be worked up over such issues. Paling busuk yang orang akan buat ialah untuk meng-refute-kan kembali apa claim orang lain keatas benda yang mereka rasakan hakmilik negara mereka dengan mengeluarkan fakta yang kredible dan membiarkan dunia untuk menghakimi claim siapa yang paling probable. Tetapi situasi yang sama tidaklah boleh dikatakan dalam hubungan Malaysia-Indonesia. Dispute isu lagu Rasa Sayang dah mau mengamuk, apekebodoh la..

Apa yang aku nampak dari episod ini (Tempe-rendang-pendet-Nirmala Bonat-Manohara-Sipadan dan lain-lain) adalah satu perasaan kecewa yang tersimpan dalam lubuk hati sebahagian besar rakyat Indonesia dengan negara mereka secara amnya. Mungkin mereka merasakan bahawa kerajaan mereka itu sangat ineffective dalam merealisasikan Indonesian Dream mereka (kau ingat apa?Amerika je ade American Dream?)yang berlandaskan prinsip Pancasila. Deep down inside mereka tahu yang negara mereka itu tidak merealisasikan potensi mereka yang sebenar2 nya, mereka tahu dengan pimpinan yang betul pelbagai benda yang mereka mampu capai, mungkin hantar angksawan ke orbit seperti di dalam video Sheila on Seven yang entah apa title nya (Iya, se-anti2 aku dengan mereka dari seberang itu tidak bermaksud aku tidak mencuba untuk mendalami pemikiran mereka. Kata Sun Tzu; Know your enemy).Kekecewaan demi kekecewaan datang melanda, lepas Bung Karno si Suharto dan konco2nya yang giat menyonglap khazanah negara kemudian ditambah pula dengan masalah etnik yang berbilang yang tiap satu nya mau berkuasa, dengan ekonomi nya yang kacau bilau sampai perlu berhutang dengan IMF. Weak government,even weaker economy, beritau aku rakyat mana yang takkan merasa kecewa dan marah?
Hinggakan dibutakan oleh amarah (mungkin media mereka yang suka mengapi2kan jugak satu faktor), main bantai saja siapa yang dapat dicekup. Mangsanya kita lah. Negara yang sikitlebihkurang historical beginings dan ethnic makeup yang enggan menyertai Melayu Raya gagasan Sukarno dan rakan2 dan kini jauh lebih maju,berjaya,hensem bergaya dan paling penting;dok seberang selat je. Mana hati tak panas beb....

Maka datang lah segala claim2 yang kalau difikirkan sangat absurd sebenarnya.


Atau mungkin sebenarnya rakyat Indonesia itu plainly speaking bongok sebenarnya dan aku tak perlu nak justifykan betapa awesomenya negara aku ini. Haih.

Napoleon said patriotism is when your country is always right, my stance is kinda like the same; my country is always right and is always awesome at doing it (especially when its with our Southerly neighbour).

Bendera nak datang invade Malaysia? Mungkin akan ada rakyat Malaysia yang akan lari,mungkin ada yang akan bersekongkol dan paling berpotensi akan ramai yang buat bodo aja but not me. Nak rasa cangkul arwah datuk aku? Lai la turun Keramat. Aku sambut kau,with all the hospitality the Klan has to offer.

Kau boleh claim banyak benda tapi satu benda kau memang takboleh nak claim adalah rendang yang sekian lama nenek aku buat itu hak engkau 100%.



* Dengan penuh bangga aku ingin katakan bahawa aku telah berjaya memberikan tabik yang sangat spring kepada Datuk KPN dan juga kepada Datuk Seri Ibrahim Abu Shah. Datuk KPN Selangor membalas kembali tabik hormat aku akan tetapi yang paling membanggakan adalah bila aku dapat bersalaman dengan Dato Seri Tan Seri Ibrahim Abu Shah, aku salam dengan VC weiiiii!!!!!