Friday, June 20, 2014

Tentang Bangang

Kebangangan penduduk Malaysia ni dah mencapai tahap membimbangkan. Mungkin kegemukkan antara salah satu punca nya tapi itu adalah topik untuk perbincangan seterusnya. Yang penting disini. Kebangangan penduduk Malaysia ni (note the usage of penduduk instead of rakyat) sudah mencapai tahap critical mass.

Kita tidak perlu membincangkan tentang ahli politik lah. Itu memang tidak perlu dibahaskan lagi kerana kita saban kali dihiburkan oleh gelagat retard mereka ini yang bergelar politikus ini baik dari parti dacing mahupun parti parti yang melawannya. Kalah Maharaja lawak kadang-kadang bangangnya.

Pertama sekali ingin aku bincangkan tentang kebangangan pengguna jalan raya Malaysia. Sebagai contoh, salah satu daripada pelajaran asas yang kau belajar di sekolah memandu adalah kalau nak ke kiri atau ke kanan hendaklah kamu memberikan isyarat yakni melalui lampu isyarat kamu kerana jalan raya itu bukan milik kau seorang atau milik bapak kau dan pengguna lain bukan telepatik. Ini perkara asas ya, mind you.

Walaubagaimanapun, pemanduan aku yang rilek dan santai sering kali diganggu oleh beruk beruk yang gagal memahami penggunaan lampu isyarat. Aku sering berdoa agar mereka ini diberikan petunjuk agar mampu mengenali penggunaan lampu isyarat atau failing that, dipendekkan nyawa agar tidak menyusahkan mahupun membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain nya.

Pernah sekali aku hampir menulis surat kepada kementrian yang berkaitan tentang idea aku bagi iklan keselamatan jalan raya. Idea aku secara mudahnya adalah begini. Buat satu iklan dimana satu eksperimen mudah dibuat keatas tiga ekor chimpanzi untuk mengajar mereka tentang penggunaan lampu isyarat kenderaan. A simple experiment will do. Aku pasti chimpanzi pun akan boleh faham konsepnya. Penutup iklan adalah kata-kata ini: Jika beruk mampu melakukannya anda bagaimana?

Kenapa beruk? kerana terima kasih kepada Darwin dan teorinya, membandingkan manusia dan beruk apatah lagi menggandingkan manusia dan beruk adalah satu taboo universal sedunia. Tidak ada sesiapa dalam dunia ini yang boleh menerima jika di samakan atau di letakkan lebih bawah dari beruk dari segi kapasiti intelektual.  On a side note, cuba tengok Inherit the Wind. cerita hitam-putih amerika yang menarik pasal beruk.

Kenapa sarcasm? kerana sarcasm adalah medium terbaik untuk menangani kebangangan kerana secara tidak langsung sarcasm memaksa mereka yang bangang ini untuk berfikir tentang sebarang kenyataan sarcastic kerana dalam sebarang kenyataan sarcastic itu ada cue nya sendiri yang membuatkan manusia yang paling bangang pun berhenti sebentar dan berfikir maksud sebenar kenyataan itu. The only way to combat idiocy is to force them to think.

Itu dari kebangangan dari segi penggunaan jalan raya. Sekarang di era global glocal dan entah apa-apa lagi ini sesiapapun tanpa mengira peringkat umur telah arif tentang penggunaan internet dan media sosial seperti twitter atau yang lebih popular, facebook. Dengan adanya medium untuk mengutarakan dan juga berkongsi pendapat mahupun maklumat ini dan berkat internet berkelajuan tinggi, hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat maju menjelang tahun 2020 semakin tenggelam umpama Titanic. Kerana infrastruktur ini hanya lagi meng-highlight-kan kebangangan penduduk negara ini.

Di facebook sendiri gejala share benda tanpa memastikan kesahihannya menjadi jadi. Terlampau banyak contoh yang boleh diberikan sehinggakan aku malas nak bagi contoh sebab aku pasti kau sendiri pernah tengok benda bangang dan tak masuk akal dishare di facebook. Itu baru share, belum lagi komen ataupun status yang mintak disekolahkan semula. Logik mudah, jika tahu diri itu bangang tolong jangan war-warkan kepada seluruh dunia melalui status update atau komen anda. Cukup sahajalah diri anda sendiri mengetahui tentang kebodohan anda itu. Akan tetapi ada kemungkinan juga bahawa tindakan sebegini secara tidak langsungnya adalah subconcious cry for help. Minta tolong disekolahkan semula oleh pengguna internet yang lain nya.

Itu di internet. Di ruangan berita juga kita disemakkan dengan kenyataan bangang oleh mereka-mereka yang mengaku pertubuhan bukan kerajaan yang aku rasa baru ditubuhkan sepuluh minit sebelum wartawan dan pemberita sampai. Sebagai contoh, bila timbul isu cokelat cadbury itu dicemari dna babi dengan secara tiba tiba muncul ngo yang entahkan berdaftar entahkan tidak yang ahli nya menangis sebak kerana anaknya tidak lagi suci. Aku rasa yang cakap itu mesti rasa was was bila dia peluk anak dia kena samak atau tidak lepas peluk tu. Ada pula yang cakap cadbury harus dan wajib menanggung kos blood transfusion kepada kesemua penduduk Malaysia beragama Islam yang telah termakan cadbury tercemar tersebut. Yang ini aku rasa kalau aku wartawan yang tengah sibuk rekod kenyataan dia pun aku akan bantai gelak. Nampak benar bangangnya.

Jika anda bertudung atau membawa imej Islam, maka tolonglah jangan membuat atau mengatakan sesuatu yang bangang kerana anda akan membuatkan yang bukan Islam mengecopkan penganut Islam itu semuanya bangang dan Islam itu agama bagi mereka yang bangang walhal masa kecik-kecik dahulu aku pasti masa belajar mengaji ada mereka yang bangang ini belajar Surah Al-Alaq yang mana ayat pertamanya adalah "Bacalah..". Indirectly-nya Tuhan cakap jangan lah kau jadi ignorant /stupid aka bangang, bacalah!

Aiiih... aku nak taip benda lain lagi sebenarnya tapi aku telah di penuhi dengan kesugulan dan despair kerana dizaman serba moden ini sepatutnya kebangangan telah dihapuskan secara total seperti penyakit cacar namun apa yang jadi adalah kebangangan semakin menjadi-jadi. Mungkin keluarga Kadashian juga antara penyumbang kepada pembangangan umum ini. Aku pun tak pasti.

Sebenarnya banyak lagi yang hendak aku taip pasal gejala kebangangan yang melanda kita ini. Akan tetapi aku rasa post ini pun dah cukup panjang. Mungkin elok jika aku akhiri dengan kata-kata hikmat yang aku sendiri buat 5 saat yang lalu:

Idiots die in great numbers but they kill even more with their idiocity