Kenyang. Setelah memusnah (demolish) mee goreng sama ayam goreng dan peria goreng dari kedai mamak di tingkat bawah, kemudian di lunturkan pula dengan setin air green tea lipton. Sambil mengunyah-ngunyah itu tadi terfikir kehidupan masa hadapan. Ke kerja menaiki LRT sesak (atau mungkin bila mampu, menambah sesak dijalan raya),berkasut hitam berbaju kerja dan bertalileher. Hidup dibatasi kubikel (ada kata, mungkin bilik sendiri tapi lantak lah, yang penting ianya enclosed space),duduk hingga kebas punggung dari jam 9 hingga jam 5, air cond itu pasti. Hingga keras-jari jemari. Punch in, punch out. Day in day out, rutin setiap hari. Rinse and repeat.
Hujung bulan, gaji masuk.
Jadi Salaryman jika ikut terma Jepunnya.
Itu aku?
Mulut berhenti mengunyah seketika, tangan berhenti menyuap.
Hati muda membentak, semestinya tidak. Kerja itu bukan di ofis, kerja itu mudah, tahu-tahu saja duit masuk tiap bulan. By-product Kapitalisme. Duitnya mahu kerjanya malas, sedangkan lupa tiap biji beras, tiap titik fresh oren itu datangnya dari harga menjual jiwa dan raga ibu bapa kita kepada sistem yang mengagungkan wangringgit.
Itu aku?
Makin umur meningkat, makin luntur idealisme muda itu, umpama magma yang dahulunya panas makin menyejuk.
Mungkin.
Wednesday, June 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment