Monday, November 24, 2014

Tentang Masa

Just learned that another of my close acquaintance is now pregnant. Ah, time, how an envious bitch you are. You flew like banshee without us noticing. How we used to be law students marveling at the complexities of the man made law, so innocent, so naive and now here we are, lawyers all, someone's husband or wife, and now, someone's mother or father.

Fuck you Cicero. Fuck you very much.

Sunday, November 23, 2014

Your Words Against Mine

Never promise what you cannot deliver
Codified but not practiced
Should be a credo for all lawyers
A man's promise binds upon his honour (if he has one)
A lawyer's word is a noose around his neck

You''ll never know who the hangman is
Or when the time is

So be careful my fellow practitioners
For they often say that lawyers screw people (or clients)
But rarely they say of lawyers screwed,
by their own promise

Friday, June 20, 2014

Tentang Bangang

Kebangangan penduduk Malaysia ni dah mencapai tahap membimbangkan. Mungkin kegemukkan antara salah satu punca nya tapi itu adalah topik untuk perbincangan seterusnya. Yang penting disini. Kebangangan penduduk Malaysia ni (note the usage of penduduk instead of rakyat) sudah mencapai tahap critical mass.

Kita tidak perlu membincangkan tentang ahli politik lah. Itu memang tidak perlu dibahaskan lagi kerana kita saban kali dihiburkan oleh gelagat retard mereka ini yang bergelar politikus ini baik dari parti dacing mahupun parti parti yang melawannya. Kalah Maharaja lawak kadang-kadang bangangnya.

Pertama sekali ingin aku bincangkan tentang kebangangan pengguna jalan raya Malaysia. Sebagai contoh, salah satu daripada pelajaran asas yang kau belajar di sekolah memandu adalah kalau nak ke kiri atau ke kanan hendaklah kamu memberikan isyarat yakni melalui lampu isyarat kamu kerana jalan raya itu bukan milik kau seorang atau milik bapak kau dan pengguna lain bukan telepatik. Ini perkara asas ya, mind you.

Walaubagaimanapun, pemanduan aku yang rilek dan santai sering kali diganggu oleh beruk beruk yang gagal memahami penggunaan lampu isyarat. Aku sering berdoa agar mereka ini diberikan petunjuk agar mampu mengenali penggunaan lampu isyarat atau failing that, dipendekkan nyawa agar tidak menyusahkan mahupun membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain nya.

Pernah sekali aku hampir menulis surat kepada kementrian yang berkaitan tentang idea aku bagi iklan keselamatan jalan raya. Idea aku secara mudahnya adalah begini. Buat satu iklan dimana satu eksperimen mudah dibuat keatas tiga ekor chimpanzi untuk mengajar mereka tentang penggunaan lampu isyarat kenderaan. A simple experiment will do. Aku pasti chimpanzi pun akan boleh faham konsepnya. Penutup iklan adalah kata-kata ini: Jika beruk mampu melakukannya anda bagaimana?

Kenapa beruk? kerana terima kasih kepada Darwin dan teorinya, membandingkan manusia dan beruk apatah lagi menggandingkan manusia dan beruk adalah satu taboo universal sedunia. Tidak ada sesiapa dalam dunia ini yang boleh menerima jika di samakan atau di letakkan lebih bawah dari beruk dari segi kapasiti intelektual.  On a side note, cuba tengok Inherit the Wind. cerita hitam-putih amerika yang menarik pasal beruk.

Kenapa sarcasm? kerana sarcasm adalah medium terbaik untuk menangani kebangangan kerana secara tidak langsung sarcasm memaksa mereka yang bangang ini untuk berfikir tentang sebarang kenyataan sarcastic kerana dalam sebarang kenyataan sarcastic itu ada cue nya sendiri yang membuatkan manusia yang paling bangang pun berhenti sebentar dan berfikir maksud sebenar kenyataan itu. The only way to combat idiocy is to force them to think.

Itu dari kebangangan dari segi penggunaan jalan raya. Sekarang di era global glocal dan entah apa-apa lagi ini sesiapapun tanpa mengira peringkat umur telah arif tentang penggunaan internet dan media sosial seperti twitter atau yang lebih popular, facebook. Dengan adanya medium untuk mengutarakan dan juga berkongsi pendapat mahupun maklumat ini dan berkat internet berkelajuan tinggi, hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat maju menjelang tahun 2020 semakin tenggelam umpama Titanic. Kerana infrastruktur ini hanya lagi meng-highlight-kan kebangangan penduduk negara ini.

Di facebook sendiri gejala share benda tanpa memastikan kesahihannya menjadi jadi. Terlampau banyak contoh yang boleh diberikan sehinggakan aku malas nak bagi contoh sebab aku pasti kau sendiri pernah tengok benda bangang dan tak masuk akal dishare di facebook. Itu baru share, belum lagi komen ataupun status yang mintak disekolahkan semula. Logik mudah, jika tahu diri itu bangang tolong jangan war-warkan kepada seluruh dunia melalui status update atau komen anda. Cukup sahajalah diri anda sendiri mengetahui tentang kebodohan anda itu. Akan tetapi ada kemungkinan juga bahawa tindakan sebegini secara tidak langsungnya adalah subconcious cry for help. Minta tolong disekolahkan semula oleh pengguna internet yang lain nya.

Itu di internet. Di ruangan berita juga kita disemakkan dengan kenyataan bangang oleh mereka-mereka yang mengaku pertubuhan bukan kerajaan yang aku rasa baru ditubuhkan sepuluh minit sebelum wartawan dan pemberita sampai. Sebagai contoh, bila timbul isu cokelat cadbury itu dicemari dna babi dengan secara tiba tiba muncul ngo yang entahkan berdaftar entahkan tidak yang ahli nya menangis sebak kerana anaknya tidak lagi suci. Aku rasa yang cakap itu mesti rasa was was bila dia peluk anak dia kena samak atau tidak lepas peluk tu. Ada pula yang cakap cadbury harus dan wajib menanggung kos blood transfusion kepada kesemua penduduk Malaysia beragama Islam yang telah termakan cadbury tercemar tersebut. Yang ini aku rasa kalau aku wartawan yang tengah sibuk rekod kenyataan dia pun aku akan bantai gelak. Nampak benar bangangnya.

Jika anda bertudung atau membawa imej Islam, maka tolonglah jangan membuat atau mengatakan sesuatu yang bangang kerana anda akan membuatkan yang bukan Islam mengecopkan penganut Islam itu semuanya bangang dan Islam itu agama bagi mereka yang bangang walhal masa kecik-kecik dahulu aku pasti masa belajar mengaji ada mereka yang bangang ini belajar Surah Al-Alaq yang mana ayat pertamanya adalah "Bacalah..". Indirectly-nya Tuhan cakap jangan lah kau jadi ignorant /stupid aka bangang, bacalah!

Aiiih... aku nak taip benda lain lagi sebenarnya tapi aku telah di penuhi dengan kesugulan dan despair kerana dizaman serba moden ini sepatutnya kebangangan telah dihapuskan secara total seperti penyakit cacar namun apa yang jadi adalah kebangangan semakin menjadi-jadi. Mungkin keluarga Kadashian juga antara penyumbang kepada pembangangan umum ini. Aku pun tak pasti.

Sebenarnya banyak lagi yang hendak aku taip pasal gejala kebangangan yang melanda kita ini. Akan tetapi aku rasa post ini pun dah cukup panjang. Mungkin elok jika aku akhiri dengan kata-kata hikmat yang aku sendiri buat 5 saat yang lalu:

Idiots die in great numbers but they kill even more with their idiocity



Saturday, May 31, 2014

Half Mast

The King is Dead, Long Live the King.

Today HRH Sultan Azlan Shah passed away. He was by far the only Sultan who was a lawyer, a judge and a Ruler of his state.

Not one of his loyal subject, i do not have the privilege to talk of his characteristics as a Ruler of his home state.

As a lawyer however, i do have the privilege of talking of his contribution to the legal profession. His judgments was a mandatory read for our Constitutional Law classes.

I can no longer recall exactly the name of cases in which his judgments were in nor can i recall what the judgments were about but i believe it was in the realm of consitutional law and administrative law. Man, those were the days i struggled to read cases.

There are judgments which are thick with legalese which would make a first semester law student cry out in exasperation and there are judgment which are clear, concise and made for an enjoyable read. His was in the latter catergory. Only after i have left law school i am able to appreciate the genius of his judgments.

After some digging up i came up with a case with familiar name, Pengarah Tanah & Galian v Sri Lempah in which he held the following:

"Unfettered discretion is a contradiction in terms.....Every legal power must have legal limits,otherwise there is a dictatorship.... "

However, there was the issue of the 2009 Constitutional Crisis.

Depending on which side of the political divide you subscribe to, his decision as the Sultan of Perak regarding the 2009 constitutional crisis was either a) an ill advised decision ultra-vires the state constitution b) in line with democratic practice and allowed by the state constitution.

Proff Shad Saleem Faruqi i read somewhere yesterday said that the Sultan acted in accordance to his discretionary powers and within the ambit of democracy which is to to invite the party with the majority in the house to form a new government. His (Proff Shad's) original position was that the Sultan was ill-advised in calling the BN to form a new state government.


Regardless of your interpretation of the 2009 Constitutional Crisis, a man, be it a commoner or of royal blood is the sum of all his parts. His Royal Highness was in my view, remains an example of an enlightened Monarch and should and must be the model to all Malay Rulers.

Long Live.

Thursday, May 22, 2014

Tentang Uitm, Pilihan, dan Haluan Hidup

Aku terus terang muak bilakan dengar nama Dyana Soya. Jangan salah faham, aku bukan hardcore pro-gomen. Far from it. Aku muak sebab nama Dyana Sofya itu tiap harinya menyemakkan proses bacaan online harian aku. Terfikir jugak aku untuk mengofflinekan diri buat sementara waktu. Wait it out until all this hubub over Teluk Intan to die down. But,nah..kemudian kemudian kot.

Bagi mereka yang hidup bawah batu, isu Uitm ini timbul lantaran calon DAP untuk pilihan raya kechil Teluk Intan itu adalah bekas pelajar Uitm iaitu cik Dyana Sofya itu telah menimbulkan isu Uitm itu dipenuhi dengan anak kroni-kroni UMNO yang kaya-raya maka harus dibuka kepada non-bumis yang miskin dan deserving. Melalui statement yang berani mati macam ni, memang melompat lah sekalian mereka yang memang menunggu statement sebegini. Yang teras keras UMNO tanpa berlengah lagi melabelkan si minah ni pengkhianat, tak berterima kasih dan lain-lain stopping short of unsheathing kerises and calling for blood. Yang detractor Uitm pulak tak cukup kertas nak mengutuk betapa discriminatory-nya polisi bumis only Uitm ini dan betapa sampahnya graduate Uitm itu, seperti contoh artikel perbandingan Uitm dengan Utar ni.

Kemudian, fellow writer  for KL Noir : White, Jimie Cheng pulak membalas balik artikel tadi dengan artikel dia pulak yang aku kira memang betul dan bila aku tengok halaman komen, penuh dengan komen citizen US of A celop. Aku kira yang komen ni semua subscribers of embed journalism. Confirm tak pernah jejak kaki  di Uitm dan komen berdasarkan secondhand info.

Dibawah adalah pendapat aku berdasarkan pengalaman aku sendiri:

Pertama sekali.

Aku tak kenal pun si Dyana Sofya ni walaupun dia ni budak Law Faculty Uitm. Katanya senior aku tapi memang aku tak kenal. Aku mana campur dengan orang. Aku nerd and proud of it. Keputusan dia nak join DAP tu pada pendapat aku adalah keputusan dia persendirian dan hak dia. Sebagaimana ianya adalah hak persendirian engkau untuk pilih warna baju kau. Kebebasan untuk memilih ni, atau freedom of choice itu datang dengan kaveat, good or bad, you live with the consequences of your choice. Kalau baju yang kau pakai tu buruk dan kau kena gelak dengan dengan semua orang, itu masalah kau. Padan muka kau, kau yang pilih baju tu. Yang penting, kebebasan untuk memilih tu harus ada.

Okay, kembali kepada isu ditangan,
The tricky part is where you chose not to follow the officially sanctioned ideology wherein the institution you came from is the result of  a policy of the government which comprised of, the officially sanctioned ideology.

Jadi macam mana ni?

Macam mana lagi. Who you are and who you chose to support is your personal business. Titik noktah!

Slippery slope dalam isu ini adalah tanggapan masyarakat kalau kau graduan atau student Uitm kau automatik ahli UMNO. Its like saying when you are an African American you automatically have the unnatural lust for watermelons. Hakikat aku graduan Uitm tidak bermaksud aku harus diblindfoldkan, disumbat mulut dengan kain dan dipakaikan earprotector, tangan digari dan pilihan di kertas undi aku hanya satu hanya kerana aku 'perlu menunjukkan tanda berterima kasih'. Ini bukan Korea Utara, bang.

In fact kau tau tak, di India, sekarang ni kalau mana-mana calon di kertas undi kau memang langsung tak kau tak percaya, ada option untuk kau vote none of the above. True story. Google it.

Anyway,. Berterima kasih tu tak bermaksud kau kena jadi boble head dashboard dan apa gomen cakap dan buat kau telan aja dan angguk. Mungkin ada yang rasa macam tu, lantak ko lah, like i said, its personal choice. Berterima kasih tu boleh datang dengan banyak cara, kau boleh enroll jadi pensyarah dan ajar student-student baru, kau boleh entah lah, banyak cara kau nak give back to your alma mater, bagi makan student miskin pun boleh jugak sebab sistem dewan makan pun dah kena mansuh, jadi speaker kat program-program Uitm ke, ape ke. Pandai-pandai la ko fikir sendiri. Yang penting banyak cara nak tunjuk terima kasih ni.

Bagi aku sangat berterima kasih kepada Uitm sebab memberikan aku peluang untuk meluaskan lagi pemikiran aku (au contraire to the commonly accepted belief that budak Uitm semua jumud, limited world view dan bongok) dengan pengajian undang-undang dan telah memberikan aku the greatest gift of all, the ability to really think and say aloud (or rather, to write on what i think). So the best way to show my gratitude is to use that gift. Betul tak? Bukan kah itu the whole point of going to law school or whatever school for that matter. To learn to think and to apply that thinking in real life situation. Jadi kalau aku tak berfikir secara kritis dan kreatif apa guna aku habiskan masa 4 tahun di Uitm dan apa guna gomen belanja duit bagi aku belajar. Tak balik modal. Betul tak? Tambahan pulak lagi objektif Uitm sekarang ini adalah untuk melahirkan graduan yang bertaraf global dan glokal. Jadi dengan sebab di atas, isu biting the hand that feeds you tak sepatutnya timbul.


Ini pendapat aku lah, tak setuju takpe, hak masing-masing. Agree to disagree.

Habis cerita sapa kau nak undi atau apa ideologi kau dan freedom of choice.

Keduanya,

Bila orang kata ada graduan Uitm yang kurang berkualiti aku sedih sebab ada kebenarannya sebab the usual problems yang ada dengan graduan universiti lain ada dengan graduan Uitm. English ke laut lah, tak geti buat kerja lah, softskills takde lah, tak menyerlah masa interview lah. Biasa sangat masalah ni dan bagi aku tak adil untuk salahkan Uitm 100%. Setahu aku Uitm itu tugasnya buka peluang untuk melanjutkan pelajaran kepada yang tidak berkemampuan, bukannya mencari kerja untuk graduan dia. Itu kerja graduan sendiri.

Masalah dengan graduan seperti yang aku listkan tadi semuanya bertitiktolak kepada diri sendiri. Mentaliti Sudu, semua nak disuap pada kau. Peluang dah ada, belajar lah betul-betul. What happens after your graduation is not and should not be attributable to the Uni. Kau graduan, bukan suduan. Kalau tau lemah English, improve, baca surat khabar omputih, tengok movie dengan subtitle, dengar pronounciation depa cemana (American English ke British English ke, they both say fuck the same way so same goes for most things) dengar BBC radio, tau social skills lemah, socialize, benda benda ini semua sepatutnya belajar sendiri tapi Uitm punya lah nak bagi added value  kat graduan dia siap buat Latihan Dalam Kumpulan nak ajar cemana nak buat resume lah, cemana nak handle interviews, cemana nak carry yourself in a working environment, build your confidence and shit, habis weekend aku. Tapi kalau graduan sendiri yang acuh tak acuh je, buat sambil lewa, semua nak bersuap salah depa sendiri lah. In this day and age, there is no excuse to be ignorant and stagnant. No excuse at all. Facebook kau pandai guna, Youtube kau geti guna tapi bila nak google benda self-improvement kau malas. Bila tak dapat kerja bukan salah Uitm, salah kau sendiri, kau sendiri pilih untuk jadi mediocre. Kau sendiri pilih untuk jadi sampah. Padan muka kau.
 
Tapi bila orang kata semua produk Uitm ni langsung tak berkualiti, aku marah. Sebab ianya sangat lah tidak benar. Aku takkan list down kan alumni fakulti aku yang famous famous sebab itu semua in the long run immaterial, kita masuk universiti pun bukan sebab nak popular. Nak popular join DAP pastu bertanding jadi calon. Takpun join Akademi Fantasia. Alumni yang famous-famous ini immaterial in the long run kata aku sebab tujuan utama Uitm ditubuhkan adalah untuk mengimbangkan kembali ketidakseimbangan ekonomi, nak meramaikan lagi golongan usahawan dan professional Bumiputera dan Melayu ni. In that regard aku rasa misi Uitm tu sedikit sebanyak berjaya sebab ramai je senior dan dari kalangan kawan-kawan aku sendiri yang bukak firma guaman sendiri and doing great. Booming business.

Called to the Bar and running their own business, Itu bukan kualiti ke? Kau ingat nak dapat Practicing Certificate tu senang macam nak dapat MC ke? Kau ingat Bar Council tu tak cerewet ke tang nak bagi orang jadi lawyer ni?

The fact that some of us had the guts to go out there and open up legal firms shows that if given the chance, some of us would truly use that chance to improve ourselves and people around us.

Yes i agree. I agree with the argument that with the quantity of graduates Uitm churn out per year the quality will without doubt suffer. Dari segi ini aku memang akui, Uitm overambitious dalam nak membantu mereka yang tak berpeluang, this is a subject for another discussion akan tetapi buat masa ini sekali lagi aku tegaskan, the job of the uni is to give you a recognized degree or diploma or whatever it is Juris Doctor or shit but as for the quality, you determine your own worth in the job market, your own quality is solely of your own doing.You reap what you sow.

Habis cerita graduan dan suduan.


Aku rasa, Uitm ni kena ada moto baru, To promote the pursuance of knowledge without fear or favour. Ala ala Bar Council motto gitu tapi bagi aku perlu. Bila si minah tu timbulkan isu anak kroni kaya raya dok dalam Uitm, there is some truth in it. Uitm memang ditubuhkan dengan aim untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan, orang susah, orang kampung yang takde duit berkepuk kepuk, mereka yang kais pagi makan pagi. Tapi boleh pulak tersesat some rich and titled into the system. Macam mana ini boleh terjadi, well for one mereka ini masuk atas tiket Melayu. For me personally, kalau kau boleh datang dan pulang dari kelas berjemput oleh drebar atau bawak kereta mahal besar gedabak pastu parking kat tempat staff maka secara automatiknya kau berada dalam golongan 1% yang boleh memilih mana-mana private university untuk kau masuk. Do us all a favour, don't come to Uitm only to repeat your paper sampai part 9. Golongan macam kau ni lah yang buat orang semua benci dengan miskin Melayu yang ingin mengubah nasib keluarga. Golongan macam kau ni lah yang menyusahkan Melayu yang lain nya. Engkau, bapak kau, dengan duit kau, datukship kau boleh pegi makan tahi dan mati. Kau mencuri peluang budak kampung yang mungkin lebih berpotensi dari kau hanya semata-mata kerana mak bapak kau kedekut nak bayar yuran private uni pastu kau flunk paper.

Aku tidak ada masalah jika kesemua yang berada dan bernama ini anak mereka belajar bersungguh-sungguh dan menggunakan peluang yang ada seadaanya. In fact those who are in this bracket have my utmost respect. To be academically successful irrespective of your parent's titles and riches is indeed admirable. Dan golongan macam ni ada di Uitm. Cuma kebiasaanya kalau dah kaya ni selalunya malas. Itu lagi satu penyakit. Kaya itu bukan alasan untuk jadi bodoh because you have all the money for the best education money can buy.

Habis cerita golongan sesat.

Aku baru diberitau yang sekarang ini untuk intake Bachelors of Legal Studies aka BLS sekarang ni kena melalui interview. Baguslah. Weed out the undeserving. Its not about convenience, its not about affordability, its about helping out those who need it the most.

That being said, am i agreeable to the idea of opening up Uitm to non-Malays? Of course, but only if the a unifying policy could be implemented to all universities and extended to all schools be it primary or secondary. If we have to start somewhere let us start at the very beginning,schools and kindergartens. One education system for all and help is to be given to all poors, irrespective of race or religion. If we are going to level the playing field let us level all the playing fields. Pecahkan tembok antara kita supaya tiada lagi Melayu, Cina, India dan lain-lain, hanya manusia.

So perlu kah Uitm berubah? Definitely but only and only if all of us is willing to change too. Kau tunding jari kata Uitm racist, there is another 4 fingers pointing back at you. Yang kau berbulu sangat kenapa? is it really about opening up Uitm for all atau sebenarnya tak suka the fact that thanks to Uitm there is a growing middle class of Bumis tilting back the previously unequal economic scale? Yes, the policy cannot and must not stand forever and yes, it is creating  the Cocoon Mentality wherein the graduates simply do not see the need to mingle with peoples other than fellow Bumis. Most importantly, Yes, the gomen has not addressed the need for a policy to aid the poor non-Bumis as to balance out the affirmative action policy which created Uitm. Kau tengok balik Article 153 of the Federal Constitution:

  1. It shall be the responsibility of the Yang di-Pertuan Agong to safeguard the special position of the Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak, and the legitimate interests of other communities in accordance with the provisions of this Article.

Kalau kau takde legal background sekalipun a plain reading of the above provision simply means, adalah menjadi tugas Yang Di Pertuan Agong (YDPA) untuk memastikan kepentingan Melayu, Orang Asal  Sabah Sarawak dan komuniti lain terjaga. Apa maksudnya tu? Maksudnya, kalau nak tolong Melayu dan Orang Asal Sabah Sarawak, tolong sekali yang Non-Bumis tu. Tanggungjawab raja ni berat, tapi oleh kerana kita ni pakai sistem raja berpelembagaan the King has a government to run the State in his name, in his name. So what ever the gomen does, good or bad it will reflect upon the YDPA.

Okay, aku menyimpang dari tajuk. 

Apa yang aku cuba simpulkan disini adalah: Uitm itu perlu untuk membantu Bumis yang tidak berkemampuan dan satu hari nanti akan ada keperluan agar bantuan itu diextendkan kepada Non-Bumis kerana kemiskinan itu tidak mengenal kaum atau agama. Dan, adalah tidak adil untuk kau copkan graduan Uitm itu sampah belaka hanya kerana kau tak setuju dengan polisi affirmative action, graduan sampah itu ada dimana-mana, yang bersepah graduan takda kerja itu bukan lepasan Uitm sahaja. Banyak aja dari universiti lain. Pokok pangkalnya adalah pada diri sendiri. Pilihan. Dah tau nak kerja, prepare lah diri. Jangan kau berani salahkan takdir bila kau takda pilihan dalam pekerjaan bilamana kau sendiri memilih untuk jadi sampah. Graduan Uitm pulak satu, bila dah diberi peluang, gunakan sebaik mungkin. Jangan lah bazirkan, ramai lagi orang lain yang non-bumi yang tak dapat peluang macam kau. Kau pulak dah dapat masuk universiti terus lost, hilang arah, culture shock. Penghabisannya kena dismiss tak pun bila graduate cgpa tak mengikut piawaian kehendak kerja, menganggur. Jangan lah macam tu, sampai bila nak hidup dengan IV drip dilengan? sampai bila hidup nak bertongkat? Sistem affirmative action macam ni takkan boleh bertahan lama, sedangkan apartheid di Afrika Selatan pun akhirnya dimansuhkan. Benda macam ini lah yang buat non-bumis berbulu. Kau gagal menggunakan apa yang telah diberikan dan kau berani katakan sukahati kau lah sebab itu hak kau? Its a privilege, not a right. Keistimewaan boleh ditarik balik, hak perlu di dapatkan. Right have to be earned, just as much as respect is to be earned, not demanded.


But, after all this is said and done,

would i vote for Dyana Sofya should i be hypothetically be a native of Teluk Intan? Judging by the way she handled the media in person and how she carried herself so far on stage,... nope. I am not sure who threw the first shot regarding Uitm but your decision to beat the topic to death is tantamount to digging yourself deeper and deeper into a hole that you might not get out of. What ever happened to other issues? Or is it the thrust the only thrust of your campaign is on uitm? if that is indeed the case you are as much as a half baked politician in dire need for further tutelage from your sifu. You can have an army of speechwriter, hire an expert for your social media campaigning but at the end of the day it boils down to the ummph factor and you aint got much, missy.  I prefer Nurul Izzah on any other day, seriously.

But, its her (Dyana's)choice run as a candidate. I might not agree with her but its her choice and it should not stop me from bashing her as others did for her choice. You made your bed, and now you oughtta sleep on it.

Sunday, March 30, 2014

iacta alea est

I have drawn the line in the sand and taken my side. Right or wrong, history, will judge me.

Saturday, March 1, 2014

In Memoriam

I never got to read out aloud What is to Be Done to you
I never got to debate with you the differences and merits of Anarchism and Marxism
I never got to have you come to me at your own accord
I never got you to purr at me
Ever the rebel
Ever disdainful of the Neo Bourgeois
Ever spreading the Revolution to the neighbourhood
Ever our beloved cat

Farewell Comrade Lenin,

We shall meet in the place where there is no darkness.