Tuesday, July 14, 2009

Dan

..apabila engkau mula mem-banging kan kepala mengikut alunan muzik dan pulang dengan telinga yang separa pekak dan tengkuk yang sengal-sengal engkau tahu yang muzik aku dengar itu bukan nya picisan dan orang Jepun itu mula menjajah semula tanah Semenanjung ini. (No need to thank me, i know i have good musical taste)

.. bila engkau pulang ke bilik yang sekian lama terputus dari hubungan luar (dan tak putus-putus melempar carutan demi carutan kepada Ananda Krishnan dan syarikatnya) untuk mendapati modem Maxis terletak di tempat paling tinggi di bilik (umpama altar gamak nya, cuma kekurangan colok dan limau dua tiga biji) dengan cable-cable LAN yang menyemakkan engkau tahu yang bilik kau dihuni oleh sekumpulan Netjunkie. (FaceBook itu addictive, aku tahu. Usah tipu diri kau dengan alasan ini semua untuk kerja)

..bila jerebu sedikit mengaburi penglihatan kau sewaktu dalam perjalanan ke kelas pagi tadi engkau tahu yang jiran kau diseberang itu bongoknya tidak dapat dibantu lagi.

..bila suasana petang di Seksyen 1 ini terasa seperti berada di Gurun entahmana engkau tahu yang bisnes menjual air itu akan menjadi lebih hit dari biasa tiba bulan puasa nanti.

..bila engkau mula berhubung dengan supervisor project paper engkau dan melihatkan junior yang kehulu dan kehilir berbaju black and white dengan kad matrik oren tergantung dileher menyemak di right of way engkau, kau terasa diri ini sudah tua (sangat).

..bila melihatkan kucing-kucing di level ini sudah hilang gene bulu kuning keorenan nya dan Atan sudah 2 semester menghilangkan diri (sudah mati barangkali) engkau tahu yang masa sudah lama berlari meninggalkan kau dan kini tiba masa untuk memikirkan kehidupan selepas graduasi (dan LLB, insyaallah).

..bila engkau lihat gambar Big Brother yang dahulunya terpampang di billboard sudah hilang diganti dengan gambar abah (abah kau, bukan abah aku) kau tahu yang masa memang sudah terbang pergi (sial kau Cicero).

Melancholic, i know. How i wish for Time not to move in a straight line.

No comments: