Saturday, July 18, 2009

Hairi (bukan nama sebenar)

Walaupun aku lihat diri aku sebagai seorang peminat J.R.R Tolkien yang rabid, secara am nya aku tidak ada masalah dengan Harry anak si Potter, aku tidak merasa takjub mahupun hairan yang si Harry itu adalah the chosen one mahupun aku merasa cuak atau gentar yang Voldemort bebas berkeliaran itu telah berjaya menceraiberaikan jiwa nya ke beberapa ketul yang tersembunyi di sana-sini untuk menjamin keabadian hidupnya. Yang aku geram kan ialah apabila cermin mata bulat ala John Lennon itu sekarang selalu sahaja di associatekan dengan si Harry (kenapa la J.K Rowling buat dia rabun, tak boleh ke dia ada 20/20 vision? tak pun pakai contact lenses)
Apa-apa pun, setelah melihatkan si Harry dalam filem terbarunya dan setelah melihatkan panggung senyap sunyi ketika Dumbledore mati di abdacadabra(betul ke ejaan ni?) Snape, timbul sedikit minat untuk menyelak kembali buku Harry Potter yang pernah seketika dulu aku pegang di Borders dulu (selak duatiga muka sahaja sebelum aku tewas dengan S.M Stirling).
Iya, kali ini Harry sudah besar panjang dan tema nya sudah lebih gelap dari filem-filem yang sebelum ini. Kepada mereka yang merasakan siri Harry Potter (filem, bukan buku ya. Aku masih belum terpanggil untuk baca buku2 nya) itu adalah fantasi, CGI dan wand-waving action semata2 mungkin akan cepat bosan, but not me. Count me in when the last movie comes out next year. I may have contracted the Potter bug.

No comments: