Monday, August 24, 2009

Sejam bersama Dr Irwin

Aku cuma terfikirkan apa yang terlintas di dalam kepala nya tiap kali mengadap anak-anak Melayu di dalam kelasnya di universiti affirmative action ini.


Sunday, August 23, 2009

Aneroksia Nervosa

Kepala ku berdenyut-denyut, mau meletup gamaknya lantaran lemau disudukan teori penjagaan motokar dari pagi tadi (iya, technological leap bagi troll seperti aku). Kata nya kursus amali tapi langsung tiada hands on approach pun. Selama 6 jam -+ aku hanya di tayangkan presentation power point yang kononnya ingin membentuk pemandu-pemandu yang berhemah, turut serta membantu kursus pada hari ini adalah set-set gambar dan video perlanggaran/kecelakaan/kelahanatan/kefakapan jalan raya yang aku kira agak berkesan untuk menurunkan morale mereka-mereka yang berkobar2 semangat mahu memandu. Ye, we get the message. Don't drink and drive, rest when you're tired and stop at red *cough*. Sheesh.

Aku mengharapkan amali sebelah petangnya akan menjanjikan sesuatu yang menarik akan tetapi hampa. Kelas amali kami di lakukan di bawah sebuah pondok dimana kumpulan-kumpulan mengikut instructor masing-masing akan di ajar asas penjagaan kereta seperti menge-check minyak hitam, air radiator, air bateri, apa yang mau di buat kalau tayar pancit, the works lah basically. Namun begitu, dengan takdir Allah aku telah diberikan kepada seorang instructor tua yang bernama Pakcik Omar yang suka bercerita tentang betapa mudah nya membuat lesen memandu kereta di zaman nya. Make no mistake, aku memang suka dengar orang tua bercerita tapi kenapa kau nak cerita pasal zaman kau dulu takde driving schoollll!!! walhal instructor disebelah dah sampai ajar anak2 murid beliau sambil mengatal2 (maklumlah anak murid semua perempuan) tukar tayar dah. Sedar akan beliau sebenarnya membebel seorang diri dan mata anak-anak murid nya semuanya tertumpu ke demonstrasi menanggal tayar di sebelah, barulah Pakcik Omar membuka hood kereta dan mula bercerita tentang segala isi perut nya, without the practicals. Tepat pukul 3.50 pakcik yang sampai ke sudah aku tak tau namanya datang dan selepas me-thumbprintkan kedatangan ku aku pun pulang meninggalkan sekolah memandu sek25 itu. Setibanya di Sek2, selepas melunaskan bayaran buat kali ketiganya, aku turun kebawah dengan niat ingin melihat juadah di bazaar ramadhan akan tetapi kepala aku yang berdenyut melihatkan makanan nan berbagai tiba-tiba makin berdenyut melihatkan ninja-ninja yang berkeliaran. Bagaikan mau mengingat aku yang berhimpit-himpit di khalayak ramai itu bukan lah suatu idea yang menarik sebenarnya. Babi memang terbang sekarang ini ya saudara Teddy dan bukan sahaja terbang malah mampu membunuh.

Maka pulang lah aku ke Teratai dengan lemah longai sambil cuba mengingat satu benda pelik yang menganggu fikiran aku tentang berpuasa di Teratai ini. Dan setibanya di bilik jawapan nya datang padaku, dining hall kini tiada lagi untuk menyinari sahur penghuni-penghuni Teratai. Itu lah, bila ada makanan subsidi dulu kau gatal pegi makan kat luar, bila dah takde baru lah mau bising. Kan dah kopak. Haih. Dan, ini lah hasilnya; post karut memikirkan apa yang bakal mengenyangkan si setan bernama perut ini untuk waktu sahur nanti. Mungkin toast dengan kaya sama air teh ? Hmmm..



By the bye , kepada partner in crime saya di Level 7. Iya, memang itu lah yang terlintas di minda saya pagi tadi sebenarnya tetapi kamu tidak mengiyakan lantaran itu membuatkan saya kurang resolute yang itu lah jawapan yang tepat. Walaubagaimanapun, doa saya makbul, saya bukan lagi makhluk asing bagi kamu.


Saturday, August 22, 2009

Puasa

At the time i am typing this down it has been like what..2- 3 times since the purely innocent thought of getting myself a cold drink from the fridge crossed my mind but the hollow feeling down at that trollish gut of mine reminded me of the fact that it is the first day of Ramadhan already, and a strange one at that.

Regardless of our age Ramadhan will always be a time to adjust ourselves to that new state of piety and remembrance for the suffering of our brothers and sisters, for some it is a mountain of a challenge to keep themselves from opening that fridge (young and old alike) and most challenging of all; to not pick those gaping apertures which would always for no apparent reason itch even more than normal when its Ramadhan.

For some, it is a time to adjust themselves to a new setting. Wives without their husband to drive them to the surau, Sons and daughters without their father to break the fast with. A quiet Ramadhan, no doubt will descend upon these houses. A quiet one, perhaps a bit more it will be in my house now that there can be no furs sticking to the sofa nor a would a jingling of the keys elicit any response. We all adjust, we all move on. Giving and taking is in the natural order of things and this month, this time for prayers and rituals is all for us to give and for Him to take. Him alone.

I wish all those reading this Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa. May God bless you all in this holy month.


Monday, August 17, 2009

Benda-benda diperlukan dengan kadar segera.

Dalam hidup ini ada keperluan dan kemahuan, sebahagian besar hidup manusia itu revolve di atas dua benda ini. Aku dalam keadaan serba-serbi konfius dan terganggu emosi ini cuba menyenaraipendek kan segala keperluan dan idaman hati aku (i tend to get confused over both) from the past 2 weeks . Maaf entry aku sedikit rojak. Kapasiti pemprosesan bahasa otak aku agak corrupted ini malam. Anyway, here's the list of my wants and needs.

1. Lesen Memandu (Penuh). Aku dah letih jadi penumpang yang di pandu ke sana kemari dan aku ingin memandu.

2. Payung saiz Jumbo (preferably with a tartan pattern), sepertimana yang aku pernah miliki suatu ketika dahulu. Aku sumpah siapa makhluk yang simpan tak geti nak pulang payung aku tu tujuh keturunan dia kencing malam.

3. Pen Kilometriko (medium point, biru dan hitam), dalam kuantiti yang banyak. Mentang-mentang la pen aku cikai je habis semua lesap kena kebas.

4. Sudu. Stok makanan sudah sampai tahap boleh survive nuclear winter tapi sudu walau sebatang pun takdak ini bilik. Haih.

5. Buku nota kecil. Paling kritikal, yang lama-lama, yang tinggal 5-6 page semua sudah di decommissioned kan dengan terhormatnya jadi buku akaun bisnes krepek aku.

6. Peta National Geographic untuk area Central Europe. Untuk menghias softboard bilik yang agak hambar dan... untuk kegunaan sendiri.

7. Topeng, preferably yang ni:

SG2Rev0202 (Malaysian made maa..). Ketakutan kepada virus selsema porkchop hampir mencapai tahap paranoia, ninja2 makin berkeliaran. Cuma UiTM yang kekedekutan mau mengedar topeng muka, tak mau bikin panik pada public konon.





8. Sandal saiz 11 berkualiti dan yang dijahit, bukan nya di gam. Aku ulang sekali lagi, sandal yang berjahit, bukan nya yang digam. Peduli apa aku kalau gam abad ke 21 ini mampu melekatkan kembali anggota badan yang putus, atau mampu menampal lubang mikroskopik di Stesen Angkasa Antarabangsa, yang aku tahu sandal itu nature nya adalah di jahit bukan nya di gam. Kepala Bata dia sandal main gam-gam. Gam itu hanya lah untuk kerja sekolah rendah atau untuk menampal kupon aktiviti ke kad aktiviti kolej, bukan untuk membina sepasang sandal (atau terma Melayu nya, capal) yang boleh digunapakai untuk kehidupan seharian aku yang lasak.


9.Finally dan paling penting sekali, aku perlukan rambut ini untuk tumbuh kembali, urgently. Zaman skinhead aku telah berakhir, same goes for my old selfish ways.


Aku tak mintak dengan sesapa pun semua benda ni, boleh aja diusahakan sendiri cuma tangan sedikit gatal mau menaip. Oh, jika anda membaca ini tahniah. You are on the list.

Sunday, August 16, 2009

Mr Shine

I am fire. I am the fox that stole the burning branch that set the world afire.
I am the all cleansing and all consuming fire.
Heat caroused through my veins and sparks flew from my touch.
I am on fire. Let all be lit and set aflame.
All will burn with righteous fury.

Lighting up the dark,
Banishing fear and doubt.
Away with misfortune,
The guiding light.

God above, i beseech thee.

Let there be fire.


Saturday, August 15, 2009

Odyssey

Aku penat, yang terbuku di hati tak tergambar dek perkataan.
Penat mata yang memandang, letih telinga yang mendengar lagi perit hati yang menanggung. Aku tau. Penat aku menanggung. Biar di panggil selfish, biar di keji.
Malas, aku malas mau menerang segala yang dibuat. Bukan untuk telinga manusia yang mendengar, bukan untuk kalian faham.
Biar Dia seorang saja yang faham, Biar Dia saja yang tau. Biar Dia yang menyelesai.
Jangan dicari aku waktu ini. Aku mau berjalan.

Wednesday, August 5, 2009

I Stopped and Looked Back, All I See Is Darkness

Every one, every single one of us used to have this clear cut picture of what kind of person we would be when we are grown up back when the innocence of childhood was still deep within us. Loyal, honest, hardworking and the list goes on but when faced with the reality of this dog-eat-dog world how much of that values instilled, that idealism remained? Do we still cling stubbornly to that expectations of old, to the principles that we are used to? Or did we change imperceptibly, slowly without we noticing it until by the time that we knew of it, it is already too late to turn back and we are left with what we are now, stranger even to our ownselves.