Dalam hidup ini ada keperluan dan kemahuan, sebahagian besar hidup manusia itu revolve di atas dua benda ini. Aku dalam keadaan serba-serbi konfius dan terganggu emosi ini cuba menyenaraipendek kan segala keperluan dan idaman hati aku (i tend to get confused over both) from the past 2 weeks . Maaf entry aku sedikit rojak. Kapasiti pemprosesan bahasa otak aku agak corrupted ini malam. Anyway, here's the list of my wants and needs.
2. Payung saiz Jumbo (preferably with a tartan pattern), sepertimana yang aku pernah miliki suatu ketika dahulu. Aku sumpah siapa makhluk yang simpan tak geti nak pulang payung aku tu tujuh keturunan dia kencing malam.
3. Pen Kilometriko (medium point, biru dan hitam), dalam kuantiti yang banyak. Mentang-mentang la pen aku cikai je habis semua lesap kena kebas.
4. Sudu. Stok makanan sudah sampai tahap boleh survive nuclear winter tapi sudu walau sebatang pun takdak ini bilik. Haih.
5. Buku nota kecil. Paling kritikal, yang lama-lama, yang tinggal 5-6 page semua sudah di decommissioned kan dengan terhormatnya jadi buku akaun bisnes krepek aku.
6. Peta National Geographic untuk area Central Europe. Untuk menghias softboard bilik yang agak hambar dan... untuk kegunaan sendiri.
7. Topeng, preferably yang ni:
SG2Rev0202 (Malaysian made maa..). Ketakutan kepada virus selsema porkchop hampir mencapai tahap paranoia, ninja2 makin berkeliaran. Cuma UiTM yang kekedekutan mau mengedar topeng muka, tak mau bikin panik pada public konon.
8. Sandal saiz 11 berkualiti dan yang dijahit, bukan nya di gam. Aku ulang sekali lagi, sandal yang berjahit, bukan nya yang digam. Peduli apa aku kalau gam abad ke 21 ini mampu melekatkan kembali anggota badan yang putus, atau mampu menampal lubang mikroskopik di Stesen Angkasa Antarabangsa, yang aku tahu sandal itu nature nya adalah di jahit bukan nya di gam. Kepala Bata dia sandal main gam-gam. Gam itu hanya lah untuk kerja sekolah rendah atau untuk menampal kupon aktiviti ke kad aktiviti kolej, bukan untuk membina sepasang sandal (atau terma Melayu nya, capal) yang boleh digunapakai untuk kehidupan seharian aku yang lasak.
9.Finally dan paling penting sekali, aku perlukan rambut ini untuk tumbuh kembali, urgently. Zaman skinhead aku telah berakhir, same goes for my old selfish ways.
Aku tak mintak dengan sesapa pun semua benda ni, boleh aja diusahakan sendiri cuma tangan sedikit gatal mau menaip. Oh, jika anda membaca ini tahniah. You are on the list.
No comments:
Post a Comment