Aku mengharapkan amali sebelah petangnya akan menjanjikan sesuatu yang menarik akan tetapi hampa. Kelas amali kami di lakukan di bawah sebuah pondok dimana kumpulan-kumpulan mengikut instructor masing-masing akan di ajar asas penjagaan kereta seperti menge-check minyak hitam, air radiator, air bateri, apa yang mau di buat kalau tayar pancit, the works lah basically. Namun begitu, dengan takdir Allah aku telah diberikan kepada seorang instructor tua yang bernama Pakcik Omar yang suka bercerita tentang betapa mudah nya membuat lesen memandu kereta di zaman nya. Make no mistake, aku memang suka dengar orang tua bercerita tapi kenapa kau nak cerita pasal zaman kau dulu takde driving schoollll!!! walhal instructor disebelah dah sampai ajar anak2 murid beliau sambil mengatal2 (maklumlah anak murid semua perempuan) tukar tayar dah. Sedar akan beliau sebenarnya membebel seorang diri dan mata anak-anak murid nya semuanya tertumpu ke demonstrasi menanggal tayar di sebelah, barulah Pakcik Omar membuka hood kereta dan mula bercerita tentang segala isi perut nya, without the practicals. Tepat pukul 3.50 pakcik yang sampai ke sudah aku tak tau namanya datang dan selepas me-thumbprintkan kedatangan ku aku pun pulang meninggalkan sekolah memandu sek25 itu. Setibanya di Sek2, selepas melunaskan bayaran buat kali ketiganya, aku turun kebawah dengan niat ingin melihat juadah di bazaar ramadhan akan tetapi kepala aku yang berdenyut melihatkan makanan nan berbagai tiba-tiba makin berdenyut melihatkan ninja-ninja yang berkeliaran. Bagaikan mau mengingat aku yang berhimpit-himpit di khalayak ramai itu bukan lah suatu idea yang menarik sebenarnya. Babi memang terbang sekarang ini ya saudara Teddy dan bukan sahaja terbang malah mampu membunuh.
Maka pulang lah aku ke Teratai dengan lemah longai sambil cuba mengingat satu benda pelik yang menganggu fikiran aku tentang berpuasa di Teratai ini. Dan setibanya di bilik jawapan nya datang padaku, dining hall kini tiada lagi untuk menyinari sahur penghuni-penghuni Teratai. Itu lah, bila ada makanan subsidi dulu kau gatal pegi makan kat luar, bila dah takde baru lah mau bising. Kan dah kopak. Haih. Dan, ini lah hasilnya; post karut memikirkan apa yang bakal mengenyangkan si setan bernama perut ini untuk waktu sahur nanti. Mungkin toast dengan kaya sama air teh ? Hmmm..
By the bye , kepada partner in crime saya di Level 7. Iya, memang itu lah yang terlintas di minda saya pagi tadi sebenarnya tetapi kamu tidak mengiyakan lantaran itu membuatkan saya kurang resolute yang itu lah jawapan yang tepat. Walaubagaimanapun, doa saya makbul, saya bukan lagi makhluk asing bagi kamu.
No comments:
Post a Comment