Monday, January 25, 2010

Amat

Apa yang kau fikir bila kau nampak orang yang memegang tongkat foldable (yg orang buta selalu pakai tu) berlari2 mengejar bas u74 didepan stesen monorel KL Sentral?

a) Dia mempunyai masalah penglihatan yang teruk. Bukan buta, mungkin pandangannya sedikit kabur tapi cukup2 untuk nampak bas u74 depan mata.

b) Dia bukan buta mata tapi buta hati sebenarnya dok menyamar jadi orang buta mintak sedekah kat kedai2 makan sekitar Brickfields tuh. Part of the syndicate.

c) Dia ringan mulut dengan orang yang sekelilingnya, dia tanya sesapa yang disebelah bas u74 dah sampai ke belum dan mintak tolong kalau dah sampai tolong guide dia ke pintu bas kerana dia sememang nya cacat penglihatan.

d) Dia SB intake baru yang baru habis gather intel, malas nak play the part of a blind man. Cuma nak balik rumah dan tido sampai terlupa nak lipat tongkat.

e) Dia sebenarnya tolong pegangkan tongkat pakcik buta tah mana tapi lupa nak pulang balik.

f) Dia tak buta pun, saja je bawak tongkat foldable, sangat kool katanya.

No comments: