Itu yang aku paling ingat masa aku belajar Law and Politics suatu ketika dulu, tapi aku sedikit konfius dari mana aku dengar itu. Mungkin di ekstrak dari salah satu lecture cum political indoctrination session Mr (now Haji) Ermo yang paling aku ambik pot ataupun dari buku A.C Kapoor yang aku sampai sekarang masih belum khatam. Aku rasa dari A.C. Kapoor kot.
Aku bukan lah peminat paling besar tentang perkembangan politik, terutama nya sekarang ini. Sengaja aku membutakan mata, memekakkan telinga dan membisukan mulut bila hal2 sebegini di bincangkan. Kalau ada yang membicarakan dalam sepelaung sekali pun aku sanggup angkat punggung lari ke tempat lain, malas mau tau. Sensitif. Boleh bawak merah2 muka dan tegang segala urat.
Kononnya mau mempraktikkan self-imposed isolation umpama Tokugawa Shogunate dari segala benda politik akan tetapi di zaman precision bombing dan Youtube ini segala usaha untuk menapis segala informasi yang sampai kepada kita itu sebenarnya sedikit bengong, akan ada saja benda yang buat kita tergelak bila baca di surat khabar atau yang membuatkan kita mengurut2 dada bila di lihat di belog. Maka aku cuma mampu bisukan mulut lantaran mata yang disogok belog dan telinga yang terdengar radio(bila dalam kereta), proses apa yang dilihat dan didengar , pendapat aku aku seorang saja yang tau, hinggakan hari ini lah.
3 hari lalu kereta Bonda yang tersayang telah di sondol dari belakang (bahasa lembutnya ikut orang kampung izmil; rear ended) dengan rakus oleh seorang pemuda yang behalusinasi disiang hari mengakibatkan kecederaan parah kepada bumper belakang kereta Mak. Lantaran itu si Wira hitam itu terpaksa bermalam di Gombak selama 2 malam sebelum di jemput oleh kami (aku dan Mak) pagi tadi. Maka naik LRT lah kami dan selepas itu dek kerana menunggu bas T228 yang tak kunjung tiba Mak betitah bahawa kerana bas Rapid itu sengal maka kami akan ke Taman Greenwood dengan menaiki teksi, kenderaan yang menjadi topik hangat sekarang ini.
Mak sememangnya datang ke dunia dengan naturenya yang ringan mulut, memang mudah menegur orang yang tidak dikenali, senang membuat kawan dan di sebabkan awkward silence yang tak sampai 10 minit dia pun mengorak langkah memula bicara dengan pakcik teksi yang senyap dari tadi lagi. " Pakcik, apa yang Nazri Aziz cakap kat parlimen sampai drebar2 teksi suruh dia letak jawatan tu?"
Benar lah kata orang tua2, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Pakcik teksi yang tadi diam membatu yang dari riak wajah nya yang tak berperasaan itu sebenarnya memendam rasa, maka berhamburan lah segala rasa tidak puas hati. Dia sebenarnya mengambil fair comment yang dibuat diParlimen itu at face value*. Katanya (katanya) dia dulu pernah bekerja dibawah Dato Seri Nazri Aziz suatu ketika dulu dan dia memang masak dengan sifat Dato' Seri yang sememangnya brutally honest itu cuma dia sangat terasa tentang komen terbaru yang hangat dibicara kan sekarang ni kerana beliau adalah sebahagian dari industri yang di kritik keras itu. Dari isu teksi melompat ke entahmana pulak dia sambung lagi "Pakcik ni orang Negeri Sembilan, kalau dikelar2 lengan ni keluar darah UMNO saja ni ha, satu family pakcik memang orang UMNO dari dulu lagi" kata nya antara lain sambil tangan kirinya tertunding2 penuh emosi sampaikan tertunding lutut kanan aku,geli tergeletek sebentar. Katanya lagi dia kecewa dengan apa yang terjadi dengan UMNO dibawah pemerintahan Dr M, rosak luar dalam kata nya dan dia turut menyampaikan mini lecturenya tentang penting nya moral integriti kepada seseorang pemimpin itu, lengkap dengan contoh sekali. Rancak mendengar luahan rasa seorang pemerhati politik sedar2 sudah sampai ke tempat di tuju dan pakcik teksi tadi masih belum puas meluah rasa" Pakcik ni bukan apa.limaringgitnamplosendik, Pakcik ni kecewa lah, kejap2pakcikambikmasaseminitjeni, negara kita jadi macam ni.. Melihatkan duit tambang yang dihulur mak sambil tersenyum lebar dia sedar yang kami memang nak keluar dan sememangnya nak cepat." Eh, kalau kamu ni orang UMNO pakcik mintak maaf lah ye pakcik cakap apa yang pakcik rasa je" ujar dia sambik membuat disclaimer. Aku yang diam dari tadi membalas "Takpe2 kami berkecuali"
Kalau ada butang merah untuk pemandu teksi its politics, and despite all the warnings (ala2 the Box) Mak had just pushed that one.
ADDENDA: Bila dipikir kan balik, pakcik teksi tu lagaknya macam KJ dalam Meter. Huahahaha.
*Aku pernah sekali sewaktu menunggu bas di KLCC melihat dengan mata dan telinga sendiri pemandu teksi membuli pelancong asing (aku akui walaupun aku sendiri kurang mesra dengan pelancong asing (kurang senyum dan selalu memberikan direction yang sangat general; KLCC? see that twin towers? that's your general direction) belum pernah terlintas di kepala otak aku untuk meng-capitalizekan ignorance mereka tentang kedudukan geografi KL itu untuk membuat keuntungan). Kepala hotak dia dari KLCC nak ke Ampang Park Rm 10. Sudahlah suka2 hati fix price lepas tu cakap macam lah Ampang Park tu jauh sangat. Mungkin orang sebegini tidak ramai tapi di mata pelancong itu kesialan itu dimultiplykan 10 kali ganda sehingga menampakkan seolah2 kesemua pemandu teksi di Malaysia ini mencekik darah, satu unpardonable sin yang lebih teruk dari memberikan direction yang salah kepada mereka.
No comments:
Post a Comment